PUTRAJAYA: Seramai 64,046 kanak-kanak dijangkiti Covid-19 dalam tempoh setahun lalu selain turut mengorbankan lapan petugas kesihatan termasuk dua doktor pakar. Jika itu masih tidak menakutkan masyarakat, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba memberi amaran bahawa gelombang ketiga yang sedang berlaku ketika ini lebih ganas dan kritikal. Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Dr. Adham berkata, golongan kanak-kanak tidak terkecuali kerana mereka turut berisiko dijangkiti Covid-19. Justeru, beliau meminta ibu bapa tidak mengabaikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terutama dengan tidak membawa anak-anak ke tempat awam. Dr. Adham memberitahu, ancaman wabak tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya