500 keluarga Flat Ashby terima barang dapur - Utusan Malaysia

500 keluarga Flat Ashby terima barang dapur

LOW Guo Nan (dua dari kiri) bersama sebahagian daripada penduduk Flat Ashby yang menerima sumbangan barangan keperluan dapur di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Walaupun bantuan disampaikan kecil, tetapi bagi golongan kurang berkemampuan ia bernilai lebih-lebih lagi dalam keadaan sukar berhadapan pandemik Covid-19.

Sebab itu, ada antara penerima yang terdiri daripada 500 keluarga golongan B40 di Flat Ashby, Kampung Kepayan dan Kampung Tase ini terharu sambil mengucapkan syukur semasa menerima sumbangan daripada Pusat Perkhidmatan dan Biro Pengaduan MCA Perak hari ini.

Ketuanya, Low Guo Nan berkata, bantuan barang-barang keperluan harian seperti  beras, tepung, gula dan kurma kepada penduduk kurang berkemampuan termasuk warga emas.

Beliau yang juga Naib Ketua Pusat Perkhidmatan dan Biro Pengaduan MCA Kebangsaan memberitahu, agihan itu dilakukan sebagai tanda prihatin selain ingin mengurangkan beban kewangan yang mereka hadapi khususnya dalam kalangan penerima beragama Islam yang sedang berpuasa di bulan Ramadan.

“Ramai yang terkesan ketika ini disebabkan pandemik Covid-19 termasuk ada yang terjejas sumber pendapatan menyebabkan lahirnya kumpulan miskin baharu.

“Golongan ini memerlukan perhatian kerajaan, selain ada anak-anak tidak dapat pulang ke untuk menziarahi ibu bapa. Semua itu memerlukan kesabaran dan kerjasama masyarakat,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN