4,865 pesakit baharu Covid-19, Selangor terus tinggi - Utusan Malaysia

4,865 pesakit baharu Covid-19, Selangor terus tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jangkitan baharu kes Covid-19 terus melepasi 4,000 dengan  hari ini direkodkan 4,865 kes berbanding 4,446 kes semalam.

Kementerian Kesihatan menerusi Facebook  berkata, angka pesakit di Selangor terus  meningkat kepada 1,743 berbanding 1,650 semalam.

Peningkatan turut berlaku di Sarawak dengan 512 kes diikuti Kuala Lumpur (477); Johor (407); Kelantan (406); Kedah (244), Pulau Pinang (220), Pahang (152), Melaka (127) dan Sabah (95).

“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dan hanya tiga negeri mencatatkan kes satu angka iaitu Putrajaya dengan sembilan kes, enam di Labuan dan dua di Perlis,” jelas kenyataan tersebut.

Semalam, negara merekodkan sebanyak 4,446 kes jangkitan baharu Covid-19 dan 45 kematian.

Terdahulu, menerusi Twitter Menteri Besar Selangor berkata, walaupun negeri itu mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 yang tinggi, tetapi kadar kebolehjangkitan di bawah kadar nasional.

Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha berteruskan Jabatan Kesihatan Negeri (JKNS) dan kerajaan negeri meletakkan kadar kebolehjangkitan di Selangor berada di bawah paras nasional. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya