40 kluster agama hasil aktiviti Ramadan, Aidilfitri - Utusan Malaysia

40 kluster agama hasil aktiviti Ramadan, Aidilfitri

DR. DHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Aktiviti sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri menjadi punca peningkatan kes Covid-19 sekali gus mencetuskan pertambahan kluster keagamaan yang kini merekodkan sebanyak 40 kluster.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kes positif melibatkan kluster keagamaan dikesan susulan jangkitan baharu yang berlaku pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

“Setakat rekod semalam, sebanyak 40 kluster keagamaan dikesan dengan 19 kluster di Johor, 13 di Selangor dan lapan kluster melibatkan Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya mengesan 20 kluster baharu, iaitu lapan tempat kerja, enam komuniti, tiga keagamaan manakala pendidikan, kumpulan berisiko tinggi dan import, masing-masing satu kluster.

“Bagi kluster keagamaan iaitu Kluster Jalan Ehsan Jaya di Johor Bahru, Johor, 14 kes; Kluster Landai Permai di Cheras, Kuala Lumpur, 23 kes dan Kluster Taman Setia Jaya melibatkan Seremban dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan, 47 kes,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya