40 individu bergejala mahu beraya, tak mahu kuaratin  - Utusan Malaysia

40 individu bergejala mahu beraya, tak mahu kuaratin 

DR. Mohd. Azman (kanan) memberi taklimat kepada petugas di PKRC Gelanggang Seni, Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Terdapat kira-kira 40 individu bergejala terkena jangkitan Covid-19 enggan menjalani tempoh kuarantin di tujuh Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri ini.

Pengarah PKRC negeri, Dr. Mohd.Azman Yusof berkata, kumpulan itu memberi alasan mereka tidak boleh beraya jika sudah melapor diri di mana-mana PKRC kerana 1 Syawal tinggal kurang seminggu lagi.

Menurut beliau, petugas kesihatan sedang memujuk dan merayu individu terbabit pergi ke PKRC untuk menjalani kuarantin sekali gus mengelakkan penularan Covid-19 sekiranya mereka dijangkiti virus tersebut.

“Individu yang bergejala perlu ditempatkan di PKRC. Kita bimbang apabila salah seorang ahli keluarga bergejala, kemungkinan besar jangkitan Covid-19 akan berlaku.

“Kita faham mereka mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah namun ini demi kebaikan semua,” kata beliau di PKRC Gelanggang Seni di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Mohd. Azman berkata, pihaknya mungkin akan melaporkan hal itu kepada polis jika 40 individu yang dikesan itu masih degil tidak mahu dikuarantin di PKRC.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN