4 lelaki ditahan ketika cuba edar dadah - Utusan Malaysia

4 lelaki ditahan ketika cuba edar dadah

SEBAHAGIAN dadah yang dirampas daripada empat lelaki dalam dua serbuan oleh polis SPU di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah apabila menahan empat lelaki dalam dua serbuan di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan pertama kira-kira pukul 12.30 tengah malam, seorang lelaki berusia 46 tahun ditahan manakala tiga suspek lagi yang berusia 35 tahun hingga 48 tahun ditahan kira-kira pukul 1.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ketika ditahan kesemua suspek dipercayai dalam perjalanan melakukan kegiatan mengedar dadah.

“Ini berikutan polis menjumpai sebanyak 24 gram (g) dadah dipercayai heroin dan 21.26g pil Erimin 5 dianggarkan bernilai RM2,040 yang dibawa suspek pertama.

“Ketika serbuan kedua, polis menjumpai sebanyak 24.53g heroin dan 14.42g syabu dianggarkan bernilai RM2,304,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noorzainy berkata, ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek yang memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah itu mendapati kesemuanya positif dadah.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya