PETALING JAYA: Seramai 285 penjenayah ditahan polis di sekitar di ibu negara oleh pasukan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) sejak Januari 2021 hingga 25 April lalu.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 110,749 individu dan 93,807 kenderaan, dengan 285 tangkapan dibuat pihaknya atas beberapa kesalahan jenayah.
“Kedua-dua pasukan itu disifatkan elemen penting dalam aspek pencegahan jenayah dan bertanggungjawab sebagai ‘responder’ pertama untuk melakukan tangkapan.
“Selain tugasan berkenaan, MPV dan URB juga bertanggungjawab menyampaikan hebahan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 di sekitar sekolah dan kawasan tumpuan orang ramai.
Dalam pada itu, Azman berkata, MPV dan URB Kontinjen Kuala Lumpur akan terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat di bandar raya ini.
“Jabatan ini juga menyarankan orang ramai supaya dapat membantu dalam menyalurkan maklumat berkenaan apa jua perlakuan jenayah kepada anggota MPV dan URB Kontinjen Kuala Lumpur,” katanya. – UTUSAN