21 warga asing tangkap ikan di zon larangan ditahan - Utusan Malaysia

21 warga asing tangkap ikan di zon larangan ditahan

BOT nelayan Kelas C didapati menangkap ikan di zon larangan dekat perairan Pulau Batu Putih dekat Lumut semalam. - IHSAN MARITIM MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C kerana melanggar syarat sah lesen di kedudukan lebih kurang 3.5 batu nautika barat daya Pulau Batu Putih, dekat sini semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan tersebut dilakukan oleh bot ronda pasukan itu yang sedang melaksanakan Op Benteng dan Op Pintas di persempadanan perairan Perak pada pukul 8.50 pagi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu dikendalikan 21 kru terdiri daripada 19 warga Kemboja dan masing-masing satu warga Thailand dan Vietnam berusia dalam lingkungan 19 tahun hingga 70 tahun.

“Kesemua 21 kru serta tekong warga asing ini mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shahrizan, ketika ditahan, bot tersebut sedang melakukan aktiviti perikanan berhampiran Pulau Batu Putih dan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada lima batu nautika seperti kebenaran syarat sah lesen.

Katanya, kru dan tekong, serta hasil tangkapan dianggarkan lebih kurang 1,000 kilogram ditahan dan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu, Sitiawan dan tiba sekitar pukul 11 pagi semalam untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Perak bagi tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya