16 positif Covid-19, Unisza tutup 14 hari - Utusan Malaysia

16 positif Covid-19, Unisza tutup 14 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) diarahkan tutup selama 14 hari berikutan 16 kes positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, penutupan sementara berkuatkuasa semalam hingga 30 Mei itu membabitkan kampus Gong Badak di Kuala Nerus bagi memberi laluan kepada kerja-kerja nyah kuman.

“Di samping itu, kita juga masih mengesan kontak rapat kepada semua kes positif tersebut.

“Sehubungan itu kita minta mana-mana kakitangan, pelajar atau individu yang dari zon merah untuk membuat penilaian risiko dan mereka yang mempunyai gejala dilarang memasuki kampus,” katanya kepada pemberita di sini hari ini

Menurut Nor Azimi, arahan penutupan itu dibuat mengikut Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mencegah penularan Covid-19.

Pada Oktober tahun lalu, Unisza pernah ditutup sementara susulan seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya