151 pasar raya, pasar mini diarah tutup serta-merta

151 pasar raya, pasar mini diarah tutup serta-merta

PASAR raya yang tersenarai dalam sistem HIDE diarah tutup serta-merta hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 151 lokasi panas terutama pasar raya dan pasar mini diarah tutup selama tiga hari berkuat kuasa hari ini.

Penutupan itu disebabkan kesemua pasar raya dan pasar mini berkenaan tersenarai di dalam sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) kerana dikenal pasti sebagai lokasi berisiko penularan wabak Covid-19.

Semalam, kerajaan mengeluarkan arahan penutupan terhadap premis yang berada dalam senarai HIDE kerana lokasi berkenaan cenderung untuk berlakunya kluster baharu akibat wabak itu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan itu berkuat kuasa serta-merta melibatkan 58 lokasi di Kuala Lumpur; Selangor (40), Putrajaya (3), Johor (9), Melaka (1), Negeri Sembilan (1), Sabah (3), Sarawak (4), Perak (3) dan Kelantan (2).

“Aktiviti penguatkuasaan bagi semua premis akan dipantau oleh pihak polis, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya