1,049 penuntut UUM pulang beraya di kampung - Utusan Malaysia

1,049 penuntut UUM pulang beraya di kampung

AHMAD Bashawir Abdul Ghani (dua dari kanan) melambaikan tangan kepada penuntut yang menaiki bas selepas pelepasan pulang penuntut UUM ke kampung masing-masing sempena Aidilfitri di UUM, Sintok, Kubang Pasu, Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seramai 1,049 penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, dekat sini mula pulang ke kampung masing-masing mulai hari ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, seramai 341 pelajar tersebut pulang dengan menaiki kenderaan sendiri, 267 pelajar dijemput ibu bapa atau penjaga dan 437 pelajar menaiki bas yang disewa khas.

Katanya, seramai empat lagi pelajar dari Sabah pula dengan kapal terbang manakala pelajar dari Sarawak tidak dibenarkan pulang.

“Pada hari ini, sebanyak lima buah bas bergerak ke Kelantan, Terengganu dan Johor.

“Tiga buah bas ke Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang akan bertolak esok dan tiga buah bas akan membawa pelajar pulang ke Selangor dan Perak pada Ahad.

“Pelajar yang tinggal di sekitar Kedah dan Pulau Pinang, UUM menyediakan sebuah bas sahaja yang bertolak pada Isnin ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelepasan pulang penuntut UUM ke kampung masing-masing sempena Aidilfitri di UUM, Sintok di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Inapan Siswa (Inasis) YMU Universiti Utara Malaysia (UUM), Abdul Haziq Abd. Kongid, 22,berkata, dia memilih tidak pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga pada minggu depan sebaliknya mahu berada di kampus tersebut.

Dia yang merupakan penuntut semester empat Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi berkata, keputusan itu diambil kerana mahu menjalankan tanggungjawab dalam memastikan kebajikan rakan lain di kampus menjelang Syawal nanti.

Katanya, seramai 197 penuntut di Inasis memilih tidak pulang ke kampung masing-masing atas pelbagai sebab.

“Saya dan rakan-rakan lain turut menyediakan 60 balang biskut raya untuk diedarkan sebelum Hari Raya Aidilfitri agar pelajar yang tinggal di kampus dapat merasai suasana hari raya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya