10 mat rempit buat bising kena tahan - Utusan Malaysia

10 mat rempit buat bising kena tahan

ANTARA penunggang motosikal yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Taman Desa Aman, Jalan Pasir Puteh di Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kegiatan sekumpulan mat rempit berlumba dan membuat bising pada setiap malam minggu berakhir apabila ‘litar perlumbaan’ mereka di Taman Desa Aman, Jalan Pasir Puteh di sini, diserbu polis pagi tadi.

Dalam operasi pukul 3 pagi, seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun antara sepuluh penunggang motosikal ditahan dalam Op Samseng Jalanan. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Azizan Hassan berkata, serbuan itu dijalankan selepas menerima aduan penduduk yang mendakwa diganggu bunyi bising deruman motosikal pada setiap malam minggu.

“Ketika operasi, kesemua lelaki berusia 15 hingga 30 tahun itu leka berlumba dan menunggang motosikal secara merbahaya.

“Kesemua mereka yang berkumpul di kawasan itu didapati sedang melakukan aksi seperti wheelie, zig zag dan menunggang dalam keadaan laju sambil menundukkan badan.

“Aksi tersebut bukan sahaja bahaya kepada diri sendiri malah pengguna jalan raya lain,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati kumpulan berkenaan akan berkumpul di kawasan tersebut untuk menjalankan aktiviti mereka bermula pukul 1 pagi.

Katanya, mereka yang ditahan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.– UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya