PETALING JAYA: Parti Warisan Sabah (Warisan) dijangka melancarkan sayapnya secara rasmi di Semenanjung selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri Mei depan. Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, pelebaran sayap parti pimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal itu dipercayai dapat mengembangkan ideologi parti untuk menyatupadukan seluruh rakyat negara ini. Malah, katanya, Warisan cukup yakin parti itu dapat menawan hati pengundi setelah mempertimbangkan penerimaan positif ramai pihak bertambah terutama rakyat dari Semenanjung. Bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Sepanggar itu, masa, tarikh dan tempat belum ditetapkan tetapi pelancaran itu akan diadakan di sekitar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya