Wanita tempatan perlu ambil kesempatan ceburi bidang pengurus rumah -

Wanita tempatan perlu ambil kesempatan ceburi bidang pengurus rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wanita tempatan diminta mengambil peluang untuk mengisi kekosongan sebagai pengurus rumah tempatan kerana boleh memberikan pendapatan lumayan.

Pengurus sebuah agensi pekerja swasta (APS), Zubaidah M Ali berkata, pada masa ini terdapat banyak permintaan daripada majikan tempatan untuk menggunakan khidmat pengurus rumah tempatan itu.

Katanya, berdasarkan pengalaman syarikatnya iaitu Agensi Pekerjaan Fayyaz Sdn. Bhd., sejak mula merekrut wanita tempatan untuk mengisi pekerjaan itu permintaan sangat menggalakkan.

“Sudah tiba masanya wanita rakyat tempatan mengambil peluang pekerjaan sebagai pengurus rumah tempatan atau home manager.

“Skop kerja sangat mudah jika pilihan mereka kepada penjagaan anak atau orang tua. Mereka juga boleh menggunakan masa untuk membuat kerja-kerja lain di rumah semasa majikan keluar bekerja dan anak anak majikan ke sekolah,” katanya.

Katanya, walaupun minat wanita tempatan untuk menceburi bidang ini kurang di sebalik permintaan yang banyak, namun beliau berusaha untuk menyakin golongan wanita yang memerlukan pekerjaan seperti ibu tunggal dan sebagainya untuk menceburi bidang ini.

“Buat masa ini, majikan yang memerlukan pengurus rumah ini sanggup memberikan gaji antara RM1400 hingg RM2000 berdasarkan kemampuan masing-masing.

“Majikan pula tidak perlu bayar berbelas-belas ribu untuk mendapatkan pembantu rumah asing. Ini kerana majikan yang mampu boleh membuat pilihan sama ada mereka mahu pengurus rumah tempatan atau menggajikan warga asing yang kontrak hanya dua tahun,” katanya.

Menurut Zubaidah, bidang ini juga merupakan peluang kepada golongan wanita yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 menambah baik kehidupan mereka kerana bidang pengurus rumah ini boleh memberikan masa depan kepada mereka jika diatur dengan sebaiknya.

Katanya, majikan yang sudah mendaftar dengan agensinya bagi mendapatkan khidmat warga tempatan itu sudah ramai.

Kata Zubaidah, selagi sempadan negara belum dibuka elok rakyat tempatan mengambil peluang menceburi bidangnya kerana ia bukan  kerja 3D iaitu susah, kotor atau bahaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya