Wanita, anak saudara ditahan palsu surat rentas negeri

Wanita, anak saudara ditahan palsu surat rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita bersama anak saudaranya ditahan selepas memalsukan surat rentas negeri kononnya dikeluarkan Istana Negara.

Penahanan terhadap wanita berusia 47 tahun dan anak saudaranya berusia 27 tahun itu dilakukan anggota polis Cawangan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi Kuala Lumpur di hadapan restoran makanan segera di Jalan P Ramlee pukul 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, ketika pemeriksaan dijalankan, wanita terbabit menyerahkan tiga keping surat dokumen rentas negeri disyaki palsu untuk digunakan bagi pelepasan rentas negeri.

“Surat itu menggunakan kepala surat atas nama Istana Negara, Jalan Tunku Abdul Rahman yang mana surat itu menjelaskan kebenaran daripada Yang Dipertuan Agong.

“Tangkapan dilakukan dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Zainal, suspek direman tiga hari bermula semalam.

“Semakan lanjut mendapati suspek wanita itu mempunyai rekod jenayah mengikut Seksyen 489(C) Kanun Keseksaan dan 420 Kanun Keseksaan pada 2017 dan 2018.

“Semakan juga kita percaya dia menggunakan gelaran datuk palsu dan anak saudaranya juga bertindak sebagai pembantunya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan pergerakan rentas sempadan negeri menggunakan Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan oleh polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya