Video promosi judi: Lapan termasuk penerbit ditahan

Video promosi judi: Lapan termasuk penerbit ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lapan individu termasuk tiga wanita ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai terlibat dalam pembikinan video promosi judi dalam talian.

Kesemua mereka merupakan pelakon, ejen, artis, jurukamera, pengarah dan produser. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, hasil keterangan mendapati pembikinan video itu diadakan di dua lokasi iaitu Ampang dan Hulu Langat pada 13 Mac lalu. 

Katanya, mereka mengakui menerima bayaran bagi penggambaran video itu. 

“Kelapan-lapan individu itu ditahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 4 (1))g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988. 

“Mereka akan direman bagi siasatan lanjut dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Acryl berkata, usaha untuk mengesan dalang sebenar di sebalik pembikinan video masih diteruskan. 

Tegasnya, pihak polis tidak akan berkomproni dengan mana-mana individu yang terlibat dalam apa jua aktiviti perjudian di negara ini. 

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan masih dijalankan.

“Mereka yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan kepada pihak polis,” katanya. 

Semalam, polis mengesan penerbit dan pelakon yang terlibat dalam video tular yang mana liriknya menggalakkan serta mengajak orang awam berjudi untuk mendapatkan ‘duit raya’.

Ini susulan klip video lagu raya berdurasi dua minit dan satu saat itu tular dengan memaparkan aksi lakonan, nyanyian empat individu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.

Liriknya video berkenaan menggalakkan serta mengajak orang awam berjudi untuk mendapatkan duit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya