Video judi raya: Seorang lelaki dipercayai ejen promosi diburu

Video judi raya: Ejen promosi diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai ejen pembikinan dua video judi raya sehingga tular dalam media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, individu yang dikenal pasti sebagai Loh Kee Hoe serta berusia 35 tahun.  

“Dia dikehendaki kerana terlibat dalam menyebarkan video bagi mempromosikan perjudian atas talian.

“Terbaharu, kita telah menahan seorang suspek yang kita percaya boleh membantu siasatan dalam kes tersebut (video pertama),” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Dang Wangi hari ini. 

Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata, pihaknya telah mendapatkan perintah reman terhadap dua daripada lapan individu yang ditahan sebelum ini.

Ujarnya, kedua-dua individu berperanan sebagai penerbit dan jurukamera video itu direman bermula hari ini sehingga Rabu depan. 

“Empat lagi yang ditahan ditolak Majistret. Mereka ini hanyalah pelakon dan berikan kerjasama dalam siasatan. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) dan Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya