Video judi raya: 25 ditahan polis  - Utusan Malaysia

Video judi raya: 25 ditahan polis 

Suami isteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 25 individu setakat ini ditahan polis berhubung empat video promosi judi dalam talian yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, daripada jumlah itu, seramai 13 individu ditahan  berkaitan video pertama manakala enam orang untuk video kedua, video ketiga (4) dan video keempat (2).

Katanya, selain itu, 12 individu masih dalam tahanan reman manakala 13 lagi sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kesemua tangkapan itu bagi membantu polis menjalankan siasatan berhubung video tersebut. 

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya di sini semalam.

Semalam, tular dalam media sosial dua lagi video iklan lagu raya berdurasi 48 saat dan 30 saat yang mempromosikan kegiatan judi.

Terdahulu, satu video yang tular berdurasi dua minit satu saat yang didapati mempromosikan judi dalam talian sempena hari raya Aidilfitri sebelum tular  video kedua video kedua yang menggunakan modus operandi sama.

Rakaman video lagu raya berkenaan memaparkan aksi lakonan serta nyanyian yang mempromosikan permainan judi secara dalam talian.

Susulan itu, beberapa tangkapan dijalankan termasuk pengarah dan kru pembikinan video berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya