Video iklan judi: SKMM, KDN harus ambil tindakan sama

Video iklan judi: SKMM, KDN harus ambil tindakan sama

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seharusnya bertindak menyekat penularan video iklan oleh syarikat perjudian dalam talian yang didakwa mempromosi aktiviti judi bertemakan Hari Raya Aidilfitri. 

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki antara lain berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga mesti mengambil tindakan sama kerana sebaran klip video berkenaan telah menjejaskan imej agama dan masyarakat Islam di negara ini. 

“Insiden sebegini tidak seharusnya dibiarkan berterusan kerana satu bentuk penghinaan ke atas kedudukan dan kesucian agama Islam di Malaysia. 

“Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar KDN dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menghina hari kebesaran umat Islam dengan mempromosikan dan menggalakkan judi secara talian ini kepada umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, tular dalam media sosial video lagu Hari Raya Aidilfitri diterbitkan oleh syarikat judi yang mengajak umat Islam berjudi pada bulan Ramadan bagi memenuhi keperluan kewangan di Hari Raya Aidilfitri.

Klip video berdurasi dua minit 48 saat itu memaparkan pelakon-pelakon lelaki dan wanita yang memakai baju Melayu dengan lagu berkisar mengenai Aidilfitri.

Pagi tadi, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Tebrau, Fauzi Faizal membuat laporan polis berhubung iklan judi atas talian yang tersebar di media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya