Usahawan dan Alumni Mara digalak bayar zakat di YPM

Usahawan dan Alumni Mara digalak bayar zakat di YPM

MOHD. Nizar Sudin (kiri) menerima bayaran zakat peribadi bagi pihak YPM daripada Abd. Latiff Ahmad di Ibu pejabat YPM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Pelajaran Mara (YPM) hari ini  menerima bayaran zakat peribadi Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad.

Bayaran zakat tersebut diterima Pengerusi Eksekutif, Datuk Dr. Mohd. Nizar Sudin.

Dalam pada itu, YPM dalam satu kenyataan berkata, umat Islam boleh membuat bayaran zakat melalui YPM sepanjang tahun.

“Setiap sumbangan tunai akan mendapat tolakan cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967. 

“Penyumbang yang budiman boleh berbuat demikian dengan melayari laman sesawang YPM di https://edonation.ypm.org.my/,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abd. Latiff berkata, penerima manfaat daripada Mara termasuk usahawan, pelajar serta alumni turut dialu-alukan agar bersama-sama menyumbang zakat kepada YPM bagi membantu golongan asnaf dan berpendapatan rendah (B40). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya