PUTRAJAYA: Semua universiti perlu merombak semula kurikulum program pengajian yang ditawarkan bagi mengatasi lambakan graduan menganggur kerana tidak memenuhi keperluan pasaran kerja masa kini. Transformasi total bidang pengajian tinggi itu perlu dilakukan secara drastik dalam menyesuaikan era pasca pandemik Covid-19 yang menuntut perubahan besar-besaran dalam semua bidang kehidupan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, setiap Naib Canselor universiti awam dan swasta perlu bertindak pantas dan berani untuk menyemak kurikulum mereka setiap setahun berbanding tiga tahun sekali yang dituntut sebelum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya