Tindakan tegas jika gagal patuh SOP - Amirudin Shari

Tindakan tegas gagal patuh SOP – Amirudin

AMIRUDIN Shari beramah mesra bersama peniaga ketika lawatan ke Program Jelajah Ramadan Kita Selangor di Bazar Ramadan Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. tahun lalu- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana operator bazar Ramadan yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa termasuk penutupan sementara operasi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tindakan itu jika kerajaan negeri menerima laporan kesesakan pengunjung di beberapa bazar Ramadan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mengambil tindakan melulu kerana taklimat dan ingatan akan diberi dahulu sekiranya didapati melanggar SOP yang ditetapkan. 

“Saya percaya beberapa tempat lain juga padat namun jika kepatuhan itu tinggi, akhirnya akan dapat lihat satu kawalan yang baik,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program ‘Jelajah Ramadan Kita Selangor’ 2021 ke daerah Sepang di Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi di sini hari ini.

Amirudin berkata, setakat ini satu sahaja tindakan diambil oleh pihak berkuasa melibatkan bazar Ramadan Greenwood yang diarahkan tutup sejak Khamis lalu kerana gagal mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP).

“Bagaimanapun, bazar Ramadan terbabit telah dibenarkan beroperasi semula semalam dan kita akan lihat sejauh mana kepatuhan mereka,” katanya.

Namun begitu, jelasnya, masalah membabitkan bazar Ramadan di negeri ini termasuk di daerah Sepang dalam keadaan yang baik dan terkawal.

Amirudin turut mengingatkan penganjur bazar Ramadan dan orang ramai supaya menghargai kebenaran yang diberikan kerajaan negeri bagi penganjuran bazar Ramadan dengan memastikan patuh sepenuhnya kepada SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Walaupun diakui, ketidakselesaan orang ramai terpaksa berbaris panjang, namun kita perlu menerima realiti sekarang ini kita dalam usaha mengekang penularan Covid-19 dan saya mohon, semua pihak mematuhi SOP ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya