Tiga lelaki ditahan kes tipu lelong barangan kemas

Tiga lelaki ditahan tipu lelong barangan kemas

BEH Eng Lai (tengah) dalam sidang akhbar mengenai tangkapan tiga lelaki yang terlibat dalam kes penipuan lelongan barangan kemas di IPD Sentul, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan tiga lelaki selepas terlibat penipuan tawaran lelongan barang kemas yang didakwa hasil rampasan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada 18 April lalu.

Penahanan kesemua suspek berusia 44 sehingga 59 tahun itu dilakukan di sekitar Lembah Klang susulan laporan oleh seorang jurujual sebuah syarikat jual beli emas berusia 39 tahun pada 14 April lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pada mulanya, mangsa telah dihubungi oleh suspek yang menawarkan urusan jual beli jongkong emas iaitu jongkong emas 999 seberat 683 gram dan emas 916 seberat enam kilogram pada harga RM1.4 juta pada awal bulan lalu.

“Suspek memaklumkan kepada mangsa kononnya jongkong emas berkenaan adalah barang rampasan kes yang mahu dilupuskan.

“Mangsa yang terpedaya dengan tawaran itu bertemu dan berurusan dengan suspek di kawasan parkir di luar IPD Sentul,” katanya di sini hari ini.

Tambah Eng Lai, hasil pertemuan itu, suspek berjaya mendorong mangsa untuk menyerahkan wang tunai secara berperingkat berjumlah RM608,000 sebagai bayaran pendahuluan tanpa melihat barang rampasan berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa hanya menyedari ditipu sindiket berkenaan selepas gagal menghubungi suspek sebaik bayaran dibuat,” katanya.

Tambah beliau, hasil serbuan itu, sebanyak empat telefon bimbit milik suspek yang dipercayai digunakan untuk berurusan dengan mangsa turut dirampas.

“Semua suspek terbabit direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya