Terbitan sukuk naik cerminan keyakinan pelabur - Utusan Malaysia

Terbitan sukuk naik cerminan keyakinan pelabur

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAGOH: Peningkatan saiz terbitan asal Sukuk Kelestarian daripada AS$1 bilion (RM4.12 bilion) kepada AS$1.3 bilion (RM5.4 bilion) mencerminkan keyakinan antarabangsa terhadap ekonomi Malaysia.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia menandakan pelabur percaya bahawa Malaysia adalah negara yang berpotensi untuk menokok kembali tahap ekonominya dengan lebih cepat.

Beliau berkata, langganan sehingga enam kali ganda daripada biasa itu juga menandakan Malaysia antara negara yang paling tinggi pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding kebanyakan negara lain.

“Ekonomi kita juga akan meningkat naik kerana berdasarkan unjuran yang dibuat oleh pihak Bank Dunia tahun ini, ekonomi kita akan tumbuh balik pada kadar antara 6 hingga 7.5 peratus.

“(Bahkan) apabila kita buka sukuk, pinjaman bon antarabangsa yang dikeluarkan oleh Malaysia semalam, pada asalnya (saiz terbitan) adalah AS$1 bilion, kita naikkan kepada AS$1.3 bilion, kerana lebih langganan.

Beliau berucap pada Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil serta Penyampaian Sumbangan Sempena Ramadan di Masjid Jamek Haji Muhammad Yassin, di sini hari ini.

Semalam, terbitan sekuriti bertempoh matang 10-tahun dan 30-tahun dengan masing-masing bernilai RM3.3 bilion dan RM2.1 bilion itu mendapat penarafan A3 oleh Moody’s Investors Service serta A- oleh S&P Global Ratings.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, permintaan yang tinggi itu juga memberikan kadar hasil dan spread terendah bagi terbitan sukuk berdenominasi dolar AS oleh Malaysia dengan ‘tranche’ 10-tahun ditetapkan pada 2.070 peratus (T + 50 mata asas) dan ‘tranche’ 30-tahun pada 3.075 peratus (T + 80 mata asas). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya