Telefon dipintas: Anwar, Zahid boleh buat laporan polis - Utusan Malaysia

Telefon dipintas: Anwar, Zahid boleh buat laporan polis

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu membuat laporan polis jika rasa perbualan mereka dicuri dengar.

 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, dua pemimpin itu tidak perlu takut sekiranya berasa dianiaya pihak tertentu yang memintas perbualan telefon mereka.

 “Apa isi kandungan mereka bersembang itu perkara lain tetapi sekarang kalau betul ada cuba curi dengar percakapan telefon, sila adu kepada polis sebab ini kesalahan lain pula,” katanya pada  sidang akhbar selepas menyertai Wacana Meja Bulat Bersama Menteri di sini  berhubung isu kalimah Allah digunakan agama lain.

 Terdahulu ketika program di Ipoh, Perak pada 9 April lalu, Hamzah memberi jaminan bahawa polis bersedia menahan penyebar rakaman audio itu jika perbualan tersebut betul.

 Mengulas lanjut, Hamzah berkata, laporan polis sepatutnya dibuat sendiri pengadu.

 “Apa yang disembangkan itu, mereka punya pasal sebab bukan ada apa isu besar pun tapi saya tidak faham kenapa mereka tidak berani buat laporan jika betul rasa telefon mereka dipintas,” tegas beliau.

 Menyentuh wacana kali ini, beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri akan memanggil  beberapa tokoh agamawan Kristian bagi mendengar hujah mengikut perspektif mereka.

 Hamzah berkata, perbincangan meja bulat tersebut sebagai bentuk penyelesaian terhadap kemelut kalimah Allah dan berharap jika boleh tidak digunakan platform mahkamah sebagai kata pemutus. – UTUSAN

  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya