Tapaw tawar peluang perniagaan - Utusan Malaysia

Tapaw tawar peluang perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dalam memastikan perkhidmatan penghantaran mampu berada setaraf dengan jenama antarabangsa, syarikat Tapaw groups Sdn. Bhd menekankan aspek kemahiran kepimpinan, penjenaman peribadi dan imej bagi memberikan yang terbaik buat kepuasan pelanggan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Anuar A Rahman,  sebagai sebuah syarikat penghantaran tempatan yang masih baharu beroperasi, penting bagi syarikat dan rakan niaga untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan demi terus meraih keyakinan pelanggan.

“Baharu sahaja empat bulan beroperasi dengan kini mempunyai hampir 100,000 kenderaan berdaftar dengan Tapaw di seluruh negara, bagi saya perkhidmatan Tapaw boleh dikatakan antara yang laju berkembang walaupun sangat baharu.

“Maka amat penting untuk kami menjaga kualiti dalam memberikan perkhidmatan terbaik termasuk menjaga kebajikan semua pemandu kami.

“Disebabkan itu, kami menyediakan kursus khas buat semua rakan niaga di samping memberi pendedahan lebih luas dan komprehensif terutama mengenai pelan strategi dan hala tuju syarikat bagi mewakili syarikat dalam membantu rakan logistik pemandu, peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) termasuk pengguna aplikasi Tapaw,”katanya.

Anuar berkata demikian semasa ditemui di majlis Pelancaran dan Penyerahan Watikah Lantikan Tapaw Peringkat Kebangsaan 2021 yang berlangsung  di Hotel De Palma, di sini, kelmarin.

Kursus tersebut telah dihadiri seramai 72 peserta yang terdiri daripada rakan niaga Tapaw dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Turut hadir bagi merasmikan majlis tersebut, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Sementara itu, menurut Anuar, syarikat Tapaw juga menawarkan peluang perniagaan kepada 50,000 peniaga untuk berniaga di platform digital Tapaw Mall yang akan dilancarkan pada pertengahan April ini.

Katanya, penyediaan platform ‘Logistik Pintar’ dan penghantaran pantas ini tentunya akan memberi manfaat kepada pemain industri IKS di samping menyokong inisiatif kerajaan dalam usaha mentranformasikan perniagaan ke arah digital.

“Ini juga disasarkan kepada semua komuniti di seluruh negara terutamanya mereka yang terjejas dengan pandemik Covid-19 dan menerusi Tapaw, mereka boleh menjana pendapatan tambahan,”katanya.

Aplikasi Tapaw merupakan platform yang menyediakan perkhidmatan logistik dan penghantaran pantas dan meluas dengan pelbagai jenis kenderaan yang beroperasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, di bandar dan juga di luar bandar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya