Tahun pertama raya tanpa ayah, ibu dan adik – Haziq

Tahun pertama raya tanpa ayah, ibu dan adik – Haziq

MUHAMMAD Haziq Zikri membersihkan pusara ibunya, Noratiqah Abd. Hamid di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badlishah, Serdang, Kulim, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: “Menjelang sambutan Aidilfitri, saya amat rindu dengan arwah ayah dan ibu serta adik. Pada tahun lalu, saya seronok dan gembira menyambut hari raya bersama mereka, tapi raya tahun ini, saya hanya mampu menziarahi pusara orang tersayang itu.”

Begitu luahan Muhammad Haziq Zikri, 10, yang kematian bapanya, Mohd. Zairul Mat Isa, 34, ibunya, Noratiqah Abd. Hamid, 30, dan adiknya, Nur Qaseh Damia, 4, selepas terlibat kemalangan di Kilometer 5, Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai di Ipoh, Perak pada 11 Ogos, tahun lalu.

Haziq berkata, pada tahun ini, dia kali pertama menyambut hari raya tanpa ibu bapa dan adik.

“Banyak kenangan manis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama kedua ibu bapa saya yang tidak akan dilupakan.

“Kebiasaannya seminggu sebelum sambutan hari raya, arwah ayah dan ibu akan membawanya bersama arwah adik membeli pakaian dan persiapan lain di bandar Kulim.

“Arwah ibu akan memilih beberapa pasang baju termasuk baju Melayu yang cantik untuk saya dan arwah adik untuk digayakan pada hari raya,” katanya ketika ditemui di Kampung Badlishah, Serdang sini semalam.

Dalam kemalangan itu, seramai tujuh orang daripada dua keluarga maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler.

Kemalangan itu turut mengorbankan nenek Haziq, Fatimah Mat Isa, 70, dan saudaranya, Hasliza Mahmud, 40, dan suaminya Zulkifli Shuib, 49, serta anak mereka, Mohd. Alif Firdaus, 3.

Sementara dua anak Fatimah terselamat iaitu Firash Mikael Azrie Shah, 11, dan Mohd. Shafiq Azrie Shah, 16.

Kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Badlishah di sini selepas bercuti di Pulau Pangkor, Perak dan Cameron Highlands.

Pada masa ini, Haziq yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Selama, Bandar Baharu, tinggal bersama ibu saudara, Siti Sarah Mat Isa, 26, di Kampung Badlishah.

Selain itu, menurut Haziq, pada malam raya pula, dia bersama sepupu dan adik akan bermain bunga api selepas berbuka puasa di halaman rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya