Taco Bell pertama di Malaysia dilancar - Utusan Malaysia

Taco Bell pertama di Malaysia dilancar

MENU Bell Rice Bowl yang ditawarkan di Taco Bell Cyberjaya. - Ihsan Taco Bell
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Francais makanan segera terkenal dari Mexico, Taco Bell bakal menemui penggemarnya di Malaysia apabila restoran pertamanya yang terletak di Cyberjaya akan dibuka kepada umum esok.

Pengendali Francais Taco Bell Malaysia, Harris Beh berkata, pihaknya gembira dan teruja kerana akhirnya dapat membawa jenama ikonik itu ke Malaysia.

“Reka bentuk restoran dua tingkat kami menampilkan gaya ikonik Taco Bell di seluruh bangunan dari siling yang berwarna warni seperti pelangi hingga ruang dalaman yang boleh ditembus cahaya matahari dengan panel kaca yang tinggi.

“Ciri utama restoran itu ialah seni mural yang mentafsirkan bagaimana semangat budaya Malaysia dan jenama Taco Bell merupakan satu gabungan yang sempurna,” katanya dalam Majlis Pelancaran Taco Bell Malaysia yang diadakan secara maya semalam.

Menurut Harris, restoran tersebut direka dengan kerjasama artis tempatan, Wilson Ng.

Jelasnya, inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada komitmen jenama untuk menyokong komuniti kreatif tempatan.

Selain itu, menu Taco Bell boleh disesuaikan mengikut cita rasa pelanggan dengan bahan-bahannya seperti tempurung taco dan tortilla, sayur-sayuran, daging lembu, serta ayam bakar yang semuanya dijamin halal.

Jenama itu juga memperkenalkan Bell Rice Bowl yang menampilkan sambal buatan Malaysia untuk memenuhi selera orang Asia selain menawarkan isi semula air minuman secara percuma.

“Rakyat Malaysia pasti akan menyukai Taco Bell kerana rasanya yang bukan sahaja enak tetapi seimbang dan sesuai untuk semua orang.

“Kami merancang untuk melancarkan Taco Bell ke kawasan bandar di seluruh Malaysia supaya lebih ramai peminat makanan boleh menikmati masakan menarik ini.

“Kami juga akan menyediakan pilihan untuk menjamu selera di restoran atau untuk bungkus, sementara pengiriman makanan akan disediakan dalam waktu yang terdekat,” tambahnya.

Restoran Taco Bell yang terletak di Lot SD-02, Off Persiaran APEC, Cottage Walk, 63000, Cyberjaya, Selangor itu akan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 11 malam dengan kapasiti sebanyak 50 orang, mematuhi protokol kesihatan yang ketat. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya