SPRM sah penahanan, tidak kompromi pegawai terlibat Geng Nicky

SPRM sah penahanan, tidak kompromi pegawai terlibat Geng Nicky

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan dua pegawai suruhanjaya itu yang dipercayai terlibat dengan kegiatan haram Geng Nicky.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, dalam hal itu, pihaknya memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dengan menyerahkan kedua-dua pegawai berkenaan bagi membantu siasatan.

“Saya memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini, malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai suruhanjaya sekiranya ada yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penahanan dua pegawai SPRM berpangkat Penolong Pesuruhjaya dan Penguasa yang bertugas di ibu pejabat SPRM Putrajaya itu dimaklumkan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang turut mengesahkan 10 lagi pegawai polis ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kartel jenayah terancang Geng Nicky.

Dua pegawai berpangkat superintenden dan inspektor yang bertugas di Bukit Aman antara yang ditahan, selain pegawai di Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Kesemua mereka yang berusia 36 hingga 49 tahun ditahan dalam Op Pelican 3.0 Fasa 2 bermula 21 April hingga hari ini.

Perkembangan itu menyaksikan seramai 64 suspek telah ditahan membabitkan orang awam dan pegawai penguat kuasa yang dipercayai terlibat jenayah berkenaan sekali gus boleh membantu pihak polis menjejaki ketua geng berkenaan iaitu Nicky Liow Soon Hee yang dilucutkan gelaran Datuk Seri oleh Istana Pahang, baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya