SPR digesa segera selesai isu pengundi 18 tahun - Takiyuddin

SPR digesa segera selesai isu pengundi 18 tahun

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan komited melaksanakan undi 18 tahun dalam masa terdekat dengan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil langkah segera menyelesaikan beberapa perkara berkaitan selaras dengan peruntukan Perkara 119.

Dalam hal ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Parlimen dan Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara yang perlu diselesaikan itu adalah berkaitan peruntukan undang-undang tertentu dan perkara teknikal termasuk mengemaskini sistem perisian yang diperlukan.

“Kerajaan amat komited untuk melaksanakan umur Kelayaan Pengundi 18 tahun sebagaimana pindaan kepada peruntukan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui sebulat suara di Parlimen secara dwipartisan pada tahun 2019.

Hal ini telah dibincangkan dan disahkan dalam Mesyuarat Kabinet pada 28 April 2021 dan akan diusahakan agar dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Susulan keputusan tersebut, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan beberapa perkara lagi berkaitan peruntukan undang-undang tertentu dan juga perkara teknikal  termasuk memperkemas kini sistem perisian yang diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambah Takiyuddin, langkah itu juga menunjukkan ketetapan bahawa kerajaan komited dalam memberi peluang kepada golongan muda yang  berumur tidak kurang 18 tahun menjadi pemilih dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 mahupun dalam mana-mana Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Kerajaan juga yakin SPR sentiasa bersiap sedia dengan pelbagai persiapan untuk menguruskan proses pilihan raya dari segi logistik, sumber manusia serta penyesuaian berhubung Prosedur Operasi Standard selaras dengan norma baharu pengendalian pilihan raya ekoran penularan COVID-19 di negara ini,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan  pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun depan.

Ini kerana, pihaknya harus bersikap realistik dengan perkembangan dan situasi semasa negara ketika ini yang secara umumnya masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Secara tidak langsung, katanya, situasi sedemikian menjejaskan perancangan dan persiapan SPR menjayakan pendaftaran pemilih automatik serta undi 18, yang sebelum ini sepatutnya dijangka dilaksanakan Julai depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya