SPAN kesan premis barangan lusuh sambung air tidak sah - Utusan Malaysia

SPAN kesan premis barangan lusuh sambung air tidak sah

ANGGOTA penguat kuasa SPAN memeriksa bekalan air yang digunakan premis terbabit. - IHSAN SPAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Sebuah premis perniagaan pengurusan barangan lusuh di Telok Panglima Garang, Kuala Langat dekat sini diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) semalam kerana dikesan melakukan aktiviti penyambungan air tidak sah.

Operasi penguatkuasaan dan serbuan itu dilakukan bersama Pengurusan Air Selangor selepas menerima aduan.

SPAN menerusi kenyataan akhbar berkata, premis berkenaan disyaki melakukan aktiviti penyambungan air secara tidak sah melalui paip jenis HDPE berukuran 32 milimeter sejak lebih setahun lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kerugian daripada aktiviti yang menyumbang kepada Air Tidak Terhasil (NRW) tersebut dijangka sekitar RM140,000.

“Berdasarkan siasatan tapak, air yang dicuri adalah untuk kegunaan domestik seperti mencuci, kegunaan rumah pekerja serta memasak. Ujian klorin di tapak mengesahkan bahawa air yang digunakan adalah air terawat yang dibekalkan operator,” katanya.

Katanya, kes disiasat menerusi Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara selama tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Jelasnya lagi, pihak operator akan mengeluarkan tuntutan kepada pemilik premis bagi jumlah kerugian yang dialami.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya