Siang dirogol tiga abang, malam giliran bapa - Utusan Malaysia

Siang dirogol tiga abang, malam giliran bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perbuatan jahat bapa dan tiga anak lelakinya menjadikan remaja perempuan berusia 18 tahun sebagai hamba seks selama setahun terbongkar selepas mereka diberkas kelmarin.

Bapa dan dua abang mangsa serta seorang kakak iparnya ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Tanjung Kling dekat sini pada pukul 12.45 pagi, manakala seorang lagi ditahan pada pukul 1.13 pagi di Bemban. 

Kesemua yang ditahan berusia  23 sehingga 48 tahun. Bapa mangsa dikatakan penganggur manakala tiga lagi abangnya tiada kerja tetap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, terdahulu mangsa membuat laporan mendakwa dirogol dan diliwat oleh ayah dan tiga abang kandung  bergilir-gilir di daerah sama. 

“Bertindak atas laporan itu, polis menahan bapa dan ketiga-tiga abang mangsa, serta kakak ipar remaja itu. 

“Saringan ujian air kencing mendapati tiga daripada mereka positif syabu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut beliau, mangsa yang sudah kematian ibu mendakwa kejadian rogol dan liwat sudah berlarutan  sejak Februari 2020 dan kali terakhir pada Februari lalu. 

“Mangsa turut mendakwa sebelum dirogol, dia diberikan minuman disyaki dicampur dengan  dadah.

“Mangsa yang tidak lagi bersekolah mendakwa dia dirogol dan diliwat abang-abangnya pada waktu siang, manakala bapanya akan melakukan perbuatan terkutuk itu pada waktu malam dan mangsa akan dipukul sekiranya melawan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Sukri berkata, perbuatan itu dilakukan secara bergilir-gilir oleh suspek apabila mereka berada di bawah pengaruh dadah. 

Kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 29 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B dan 377C Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya