Sebanyak 91 kemalangan p-hailing direkodkan - Azisman

91 kemalangan p-hailing direkodkan

AZISMAN ALIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 91 kes kemalangan penunggang penghantar makanan dan barangan, p-hailing direkodkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di negara ini sepanjang tahun lalu.

Jumlah itu melibatkan 17 kes membabitkan kematian, 10 kes cedera parah dan 64 kes cedera ringan.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding pada 2019 yang hanya mencatatkan satu kes kematian dan lima cedera ringan.

Tegasnya, laporan baru-baru ini yang menyatakan penunggang p-hailing menyumbang dua pertiga daripada 2,576 kes kemalangan maut membabitkan motosikal adalah tidak tepat.

“Pada 2019, sebanyak 3,959 kematian dicatatkan membabitkan pengguna motosikal berbanding 3,118 kematian untuk tahun lalu. 

“Jumlah itu menurun sebanyak 21 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Dalam pada itu, beliau turut menasihatjab semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa merujuk sumber daripada JSPT kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya