SC siasat sindiket tipu RM7 juta duit pelabur - Utusan Malaysia

SC siasat sindiket tipu RM7 juta duit pelabur

SC mempunyai tanggungjawab langsung untuk menyelia dan memantau aktiviti institusi pasaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti (SC) sedang menyiasat sindiket yang disyaki menjadi dalang skim pelaburan tidak berlesen, termasuk dua skim firma klon.

Menurut SC, sindiket tersebut telah menipu ratusan pelabur dengan jumlah lebih RM7 juta dalam aktiviti pelaburan tidak berlesen yang dijalankan.

Sehubungan itu, suruhanjaya itu telah menyerbu beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan merampas rekod serta peranti yang digunakan oleh sindiket tersebut selepas menerima aduan dan maklumat daripada orang ramai.

“SC turut merampas pelayan (server) yang digunakan sindiket itu dalam menjalankan skim penipuan.

“Siasatan sedang dijalankan atas kesalahan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007,” katanya dalam kenyataan dekat sini semalam.

Menurut SC, siasatan awal mendapati sindiket tersebut telah menjalankan sekurang-kurangnya lima skim pelaburan tidak berlesen sejak 2016.

Oleh itu, suruhanjaya itu meminta orang ramai yang telah berurusan dengan skim-skim tidak berlesen itu atau dengan wakilnya untuk tampil memberikan maklumat yang berkaitan kepada pihaknya.

SC boleh dihubungi melalui telefon pada nombor 012-6113519 atau e-mel [email protected].

 

LIMA skim pelaburan tidak berlesen yang dikenal pasti SC

Amal Trust (juga dikenali sebagai Wakala Ventures atau AML Global)
Nombor pendaftaran syarikat: 002848059-U
URL: https://amal-trust.com/ (disekat)

Asia Equity Ventures
Nombor Pendaftaran Syarikat: 002576131-V
URL: Tidak dapat diakses lagi sejak 2018

Perniagaan Global Ekuiti
Nombor Pendaftaran Syarikat: 002697965-K
URL: Tidak mempunyai laman web

Lindale Ventures
Nombor Pendaftaran Syarikat: 003041846-U
URL: http://www.lindale-ventures.com/ (disekat)

Waheed Ventures (juga dikenali sebagai Waheed Trading atau Wadeed Global Ventures)
Nombor Pendaftaran Syarikat: 003089431-V
URL: https://waheed-ventures.com/ (disekat)

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN