Saya tak idam jadi MB Perak semula - Utusan Malaysia

Saya tak idam jadi MB Perak semula

AHMAD Faizal Azumu (dua dari kanan) menyampaikan cek sumbangan kepada Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Senoi Praaq, Superintenden Rosman Kasman semasa melawat kem tersebut di Tapah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan kononnya beliau masih mengidam untuk menerajui negeri ini selepas meletakkan jawatan pada Mac tahun lalu.

Bekas Menteri Besar Perak itu sebaliknya berkata, berlaku salah faham pada ucapannya dalam satu majlis di Kota Kinabalu kelmarin yang disalahtafsirkan oleh pihak media.

Katanya, disebabkan itu, berita yang ditulis jauh menyimpang daripada apa yang diucapkan sehingga menimbulkan kekeliruan pada masyarakat.

“Saya nak tegur rakan-rakan media (di Sabah) kerana silap mengerti dengan apa yang saya ucapkan pada malam tersebut.

“Saya bercakap dalam majlis politik, apa yang dimaksudkan ialah saya tak akan terlibat dalam politik, tetapi saya akan tetap menjalankan tanggungjawab walau pun bukan sebagai Menteri Besar.

“Sebab itu, saya ajuk ayat Arnold Schwarzenegger dalam filem ‘Terminator’, ‘I’ll be back’. Itu nada bergurau bermaksud saya tetap ada dan bukannya nak kan jawatan lama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Lawatan ke Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq di Kem Bidor di sini hari ini.

Ahmad Faizal berkata, beliau tidak pernah ada hasrat untuk mengganggu kerajaan negeri, malah, Bersatu telah membuat ketetapan untuk kekal memberi sokongan kepada pentadbiran Menteri Besar sedia ada.

“Kami daripada Bersatu, Pas dan Gerakan mendokong kerajaan negeri sekarang ini yang akan terus berkhidmat kepada rakyat.

“Saya tak nak (jawatan), tapi kita kena sokong Menteri Besar, Datuk Saraani Mohamad menunaikan tanggungjawab,” katanya.

Media kelmarin melaporkan, bekas Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu membayangkan akan kembali menjadi pemimpin nombor satu negeri itu selepas meletak jawatan pada 5 Disember tahun lalu.

Perkara itu dinyatakan Faizal dalam ucapannya ketika majlis sambutan ulang tahun Bersatu Sabah di Kota Kinabalu.
Katanya, satu-satunya negeri yang dipimpin oleh (pemimpin) Bersatu adalah di Sabah selepas Menteri Besar direhatkan sebelum ini. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya