`Saya tak campur urusan polis’ - Hamzah - Utusan Malaysia

`Saya tak campur urusan polis’ – Hamzah

Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Hamzah Zainudin menafikan beliau cuba masuk campur urusan pertukaran pegawai polis yang dibuat  Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

 Sebaliknya, Menteri Dalam Negeri itu berkata,  perkara tersebut diputuskan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang secara kebetulan beliau adalah pengerusi panel itu.

 “Saya tidak pernah mencampuri urusan kelulusan pertukaran pegawai kanan polis, saya minta maaf jika ada orang yang kata saya sengaja masuk campur, tapi yang jelas saya pengerusi.

“Kalau ada keputusan dikeluarkan, ia adalah keputusan SPP, namun itulah kadangkala setiap keputusan ada khilaf (perbezaan pandangan), ada terima keputusan dengan cara lain. Tetapi keputusan itu harus dilihat sebagai keputusan rasmi SPP,” kata beliau pada  sidang akhbar selepas Wacana Meja Bulat Bersama Menteri  di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, SPP itu sendiri lebih tinggi daripada Ketua Polis Negara kerana sembilan ahli panel dilantik terus oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan.

“Betullah saya ialah menteri bertanggungjawab dan juga pengerusi SPP, tetapi saya pun ikut keputusan majoriti yang tentunya jauh lebih baik berbanding saya buat keputusan sendiri.

 “Malah, Ketua Polis Negara turut terima watikah pelantikan jawatannya oleh Yang di-Pertuan Agong atas keputusan nasihat panel SPP, bukannya arahan daripada saya,” tambah beliau.

Menyentuh isu pendatang asing tanpa izin (PATI) Myanmar yang diusir balik ke negara asal bulan lalu, beliau berkata, ada dalam kalangan mereka  terlibat dalam kesalahan jenayah di Malaysia.

Bagaimanapun, menurut beliau, segelintir lagi  bersetuju untuk pulang  setelah menjalani hukuman penjara di negara ini seperti atas kesalahan tinggal lebih masa.

 Justeru tegas Hamzah, tidak timbul isu kerajaan Malaysia berlaku zalim dengan memaksa mereka pulang menaiki kapal tentera Myanmar kononnya akan dihukum oleh junta di negara itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya