Saya sendiri akan 'serah' pada kontinjen Johor - Abdul Majid - Utusan Malaysia

Saya sendiri akan ‘serah’ pada kontinjen Johor – Abdul Majid

ABDUL MAJID Mohd. Ali (tiga dari kanan) menyampaikan bubur lambuk kepada pengunjung di Pasaraya Mydin Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali memberi jaminan ‘menyerahkan’ sendiri mana-mana pegawai dan anggotanya yang dikesan terlibat dalam kegiatan jenayah Geng Nicky kepada pasukan penyiasat kontinjen Johor.

Beliau berkata, pihaknya tidak melindungi mereka yang disyaki malah bersedia menyalurkan maklumat diperlukan bagi siasatan berhubung penglibatan ‘tali barut’ dalam kes jenayah terancang itu.

“Saya tidak melindungi mana-mana pegawai dan anggota yang bertugas di negeri ini sama ada terlibat dengan sindiket jenayah terancang atau jenayah rentas sempadan.

“Saya akan beri kerjasama sepenuhnya kepada polis Johor terhadap apa juga siasatan melibatkan pegawai dan anggota daripada kontinjen Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut berkaitan seorang deputi superintenden berusia 43 tahun yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah ditahan bersama sembilan pegawai lain selepas dipercayai menjadi tali barut kumpulan jenayah terancang Geng Nicky.

Abdul Majid ditemui pada program pengedaran bubur lambuk kepada masyarakat sempena Sambutan Hari Polis ke-215 di Pasaraya Mydin Ayer Keroh di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN