Sajat baliklah,  berdepan di mahkamah -  Abdul Hamid - Utusan Malaysia

Sajat baliklah,  berdepan di mahkamah –  Abdul Hamid

MUHAMMAD SAJJAD KAMARUZZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Polis meminta usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang dikatakan bersembunyi di luar negara segera pulang seterusnya berhadapan dengan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, buat masa ini, belum ada perkembangan tentang kedudukan usahawan tersebut.

“Dia masih bersembunyi, kalau dia nak muat naik aktiviti dia, tak apa lah, kita tunggu kerana jerat tidak akan lupa pelanduk. Dia (akan) baliklah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Unit Anjing Pengesan K9 di Pit Latihan Seksyen K9 di sini hari ini.

Pada 23 Februari lepas, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung dakwaan menghina Islam.

Abdul Hamid berkata, beliau hairan kenapa Nur Sajat mengambil tindakan untuk bersembunyi kerana dia tidak berdepan dengan hukuman berat.

“Dia tidak berdepan dengan satu hukuman yang membolehkan dia dipenjara 20 tahun atau hukuman gantung,” ujarnya.

Ujar beliau, Nur Sajat juga diminta tidak lagi mencuit hati dan perasaan masyarakat dengan memuat naik video di media sosial.

“Saya tahu itu hak peribadi dia, tetapi janganlah bila berada di luar negara iaitu tempat persembunyiannya, dia masih lagi nak mencuit perasaan orang ramai.

“Cukuplah, baliklah dan pergi ke mahkamah,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya