Saifuddin Abdullah dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Saifuddin Abdullah dijangkiti Covid-19

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah disahkan positif  Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan pada malam tadi. 

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Menteri Kementerian berkenaan dalam kenyataan dan memberitahu, Saifuddin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut  saranan dan pemantauan Kementerian Kesihatan. 

“Saifuddin menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital. 

“Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, Saifuddin akan terus memantau dan  memastikan segala urusan kementerian berjalan lancar,” jelas kenyataan.

Menteri berkenaan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan  kesembuhan beliau tetapi memohon maaf atas kesulitan akibat daripada situasi tersebut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN