Resipi ayam pasu arwah bapa jadi taruhan Halim - Utusan Malaysia

Resipi ayam pasu arwah bapa jadi taruhan Halim

HALIM Suhati membakar menggunakan pasu di Taman Dahlia, Johor Bahru, Johor. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ilmu diwarisi daripada arwah bapanya menjadi pegangan seorang peniaga ayam pasu yang menjadi sumber pendapatan termasuk ketika berniaga pada bulan Ramadan.

Halim Suhati, 29, berkata, dia tidak pernah lupa perkongsian ilmu bapanya, Allahyarham Suhati Zuraimi yang juga seorang peniaga ayam di Selangor ketika dia masih berusia remaja.

“Ada beberapa perkara yang arwah bapa kongsikan kepada saya dahulu termasuk bagaimana mahu menjadikan ayam pasu lebih enak dan isinya rangup dengan bahan-bahan tertentu seperti cara memasak juadah itu.

“Bagi ayam pasu yang saya usahakan ini, ia diperap selama dua hari dengan adunan ramuan rempah ratus seperti rempah lada putih, empat jenis bawang, halia, serai dan sos tiram,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Halim yang berniaga ayam pasu tersebut di Taman Dahlia, di sini berkata, ayam tersebut kemudian dibakar dengan menggunakan bara arang yang diletakkan di dalam pasu.

“Kehangatan bara tersebut membuatkan ayam diletakkan di atas pasu yang ditutup dengan piring pasu selama satu jam setengah menaikkan aroma melalui bau asap yang dilepaskan,” katanya.

Sempena Ramadan kali ini, ujarny, dia memperuntukan kira-kira 40 ekor sehari bagi menampung permintaan pelanggan yang membelinya pada harga RM27 seekor.

Dia juga menggunakan sebanyak 15 biji pasu dan seguni arang ketika memulakan jualannya pada setiap hari bermula dari pukul 3 petang.

Orang ramai yang ingin menempah ayam pasu dijual Halim boleh menghubunginya melalui talian 011-7115 4575. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya