Ramai ingkar jarak fizikal - Utusan Malaysia

Ramai ingkar jarak fizikal

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesalah kes ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara semalam turun kepada 78 individu berbanding 94 ditahan kelmarin.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah berkenaan, seramai 74 dikompaun manakala empat direman dengan kes tertinggi ialah ingkar patuh jarak fizikal sebanyak 35.

Katanya, ini diikuti tiga kesalahan lain iaitu cuba merentas negeri tanpa kebenaran (22), gagal merekod butiran diri melalui aplikasi MySejahtera (11) dan tiada memakai pelitup muka (10) yang ditahan Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan 62,577 pemeriksaan melibatkan penugasan sejumlah 3,450 pasukan di seluruh negara.

“Seramai 49 orang pendatang asing tanpa izin ditahan melalui Operasi Benteng selain 81 buah bot atau kapal yang dicurigai telah dikesan berdekatan dengan perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 1,300 individu tiba di tanah air semalam dengan kesemuanya diarah untuk menjalani proses mandatori itu di sejumlah stesen kuarantin.

“Sejumlah 7,527 individu terbabit masih lagi menjalani proses kuarantin wajib di sebanyak 76 hotel serta lapan institusi lain dengan 1,326 individu daripadanya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, manakala 160,728 individu lagi sudah dibenarkan balik ke rumah masing-masing selepas dikuarantin.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barangan di 472 peruncit, 156 pemborong dan 31 pengilang selain melaksanakan 1,693 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan lapan premis diberi amaran kerana kurang mematuhi peraturan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya