Ramai ditahan di pusat hiburan langgar SOP - Ismail Sabri

Ramai ditahan di pusat hiburan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bilangan pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara semalam naik mendadak dengan 420 individu dicekup semalam berbanding 243 individu diberkas kelmarin.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 388 dikompaun manakala 32 direman dengan kesalahan tertinggi ialah aktiviti di pusat hiburan sebanyak 145 kes.

Ujarnya, ini diikuti kesalahan tidak merekod butiran masuk premis gagal (134), gagal memakai pelitup muka (56), tiada penjarakan fizikal (47), rentas kawasan (lima) dan lain-lain lagi (33).

“Seramai 26 orang pendatang asing tanpa izin turut ditahan melalui Operasi Benteng semalam dengan sebanyak 264 buah bot atau kapal yang dicurigai dikesan berdekatan dengan perairan negara melalui lima aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” kata beliau menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 963 individu tiba di tanah air semalam dengan kesemuanya dikuarantin manakala sejumlah 7,574 individu terbabit masih lagi menjalani proses itu.

Katanya, seramai 1,638 individu terbabit telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, manakala 176,769 individu lagi sudah dibenarkan balik ke rumah masing-masing selepas dikuarantin.

“Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam melakukan sejumlah 2,563 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan kesemua premis didapati mematuhi peraturan,” katanya. 

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, hanya seorang  warga asing didapati positif Covid-19 setelah melalui sejumlah 233 pekerja asing disaring semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya