PRU-15: Perlembagaan tiada halangan calon usia lebih 65 tahun 

PRU-15: Perlembagaan tiada halangan calon berusia lebih 65 tahun 

CHOW KON YEOW (dua dari kanan) ketika melancarkan aplikasi Parkir Pintar Pulau Pinang (PSP) versi 2.0.3 di Dewan Bandaraya MBPP, Georgetown, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyebut calon berusia lebih 65 tahun tidak boleh atau tidak layak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Itu reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika ditanya mengenai gerakan lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia yang bergabung bagi mengajak pengundi memboikot calon yang berusia lebih 65 tahun ke atas dalam PRU-15. 

“Oleh kerana kami belum sampai 65 tahun saya tidak mahu komen, tanya orang yang telah mencapai 65 tahun, tunggu pemuda itu capai 65 tahun baru dia boleh fikir. 

“Perlembagaan kita tidak ada halangan (calon PRU-15 berumur lebih 65 tahun),” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan aplikasi Parkir Pintar Pulau Pinang (PSP) versi 2.0.3 di Dewan Bandaraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), di sini hari ini. 

Semalam jurucakap gabungan berkenaan, Fahami Ashraf Baharuddin memberitahu, gerakan itu dibuat setelah mengambil kira situasi politik semasa negara yang dipimpin kelompok ‘gerontocracy’ atau generasi usia tua. 

Fahami Ashraf berkata, langkah itu dibuat sebagai tindak balas terhadap tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pelaksanaan pendaftaran untuk pengundi berusia 18 tahun. 

Dalam perkembangan lain Kon Yeow berkata, kerajaan negeri juga telah memohon peruntukan sebanyak RM30 juta daripada Kerajaan Pusat sebagai persediaan menjalankan program imunisasi Covid-19 bagi fasa kedua dan ketiga di negeri ini. 

“Menerusi pertemuan dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin kelmarin, beliau memaklumkan RM7 juta diluluskan bagi tujuan berkenaan. 

“Peruntukan berkenaan akan digunakan untuk memastikan program imunisasi fasa kedua dan seterusnya akan berjalan dengan lancar,” katanya. 

Sementara itu Kon Yeow berkata, kerajaan negeri juga berharap Kementerian Pendidikan mengkaji semula pembukaan sekolah-sekolah bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19 dalam kalangan pelajar di negeri ini. 

“Sudah banyak kali kerajaan negeri bangkitkan mengenai hal ini dan kita juga suarakan kebimbangan ibu bapa untuk perhatian Kementerian Pendidikan dan juga Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

“Saya juga yakin Menteri Pendidikan tahu mengenai situasi ini, namun masih kekal dengan rancangan sedia ada (buka sekolah), cuma pada masa ini pengetua sekolah boleh memainkan peranan dengan menilai risiko di sekolah-sekolah dan mencadangan penutupan sekolah sekiranya perlu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya