Polis siasat individu tular gambar anggota tidak pakai pelitup muka

Polis siasat individu tular gambar anggota tidak pakai pelitup muka

GAMBAR anggota polis trafik yang ditularkan oleh seorang individu di media sosial. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu laporan polis dibuat oleh seorang anggota trafik susulan penularan gambarnya yang tidak memakai pelitup muka ketika bertugas di Jalan Tuanku Abdul Rahman kelmarin.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika anggota itu baru selesai berbuka puasa bersama lima rakan sekerja lain di bawah sebuah khemah di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Esfahan berhampiran sebuah pusat membeli-belah pukul 8 malam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, anggota terbabit merupakan anggota yang sedang bertugas mengawal lalu lintas di sekitar jalan berkenaan dan Lorong Tunku Abdul Rahman 7 iaitu di kawasan pasar malam bermula pukul 1 petang hingga 10 malam.

“Selepas berbuka puasa, anggota berkenaan menuju ke motosikal untuk meneruskan tugasannya dan gambar terbabit dipercayai diambil sebelum dia memakai semula pelitup muka serta topi keledar untuk meneruskan rondaan.

“Berikutan itu, anggota berkenaan membuat laporan polis kerana tindakan individu terbabit (mengambil gambar dan memuat naik ke media sosial) cuba menjatuhkan maruahnya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat berhubung perkara itu boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana- mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya