PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan berhubung klip audio didakwa perbualan beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tular baru-baru ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tiba kira-kira pukul 9.50 pagi dengan menaiki kereta Jaguar hitam.
Beliau turut ditemani peguamnya, Sankara N Nair.
Difahamkan, ketua pembangkang itu akan memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman berhubung isu tersebut.
Sebelum ini tular rakaman audio perbualan dua individu yang mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar di media sosial.
Audio berdurasi empat minit 17 saat itu, turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) menerusi panggilan telefon.
Menerusi rakaman sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dikatakan mengakui tidak mengikuti PAU secara dekat selama 22 tahun. – UTUSAN