Polis perlu ambil keterangan Neelofa, PU Riz - Polis Dang Wangi

Polis perlu ambil keterangan Neelofa, PU Riz

Neelofa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keterangan selebriti popular, Neelofa dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz akan diambil bagi melengkapkan kertas siasatan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan mereka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan hampir siap dan pihaknya perlu menunggu untuk mengambil keterangan pasangan itu untuk melengkapkan siasatan.

“Kertas siasatan dijangka siap dalam masa terdekat. Kita perlu ambil keterangan pasangan terbabit terlebih dahulu,” katanya di sini hari ini.

Pada Selasa lalu, polis telah mengambil keterangan pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin dan penganjur majlis iaitu pengasas Syarikat Reka Teemor Faiz Sabari serta isterinya, Rozana Mumtaz  di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dekat sini.

Mereka dipanggil bagi melengkapkan kertas siasatan yang dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Ia susulan satu gambar tular dalam media sosial menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya