Polis masih siasat motif bunuh bomoh  - Utusan Malaysia

Polis masih siasat motif bunuh bomoh 

Suami isteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Dendam akibat gangguan seksual terhadap mangsa yang mendapatkan rawatan berkemungkinan antara motif pembunuhan seorang bomoh di Kuantan baru-baru ini. 

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, siasatan kes bunuh bomoh berkenaan menjurus kepada beberapa perkara seperti gangguan seksual, dendam, hutang dan pergaduhan.

“Kita tengok pelbagai sudut dalam melakukan siasatan mungkin dendam, ada bergaduh, hutang dan mungkin ada orang tidak puas hati kerana gangguan seksual.

“Kemungkinan dendam ini lebih kepada dia mengubat wanita-wanita mungkin ada benda yang dia buat tidak betul orang marah dan mungkin kaedah perubatan bercanggah dengan amalan tradisional,” katanya pada  sidang akhbar pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Temerloh di sini hari ini.

Turut  hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar. 

Ahad lalu seorang pengamal perubatan tradisional ditemukan mati dengan kesan tembakan di kepala dalam kejadian di sebuah rumah di perkampungan Bukit Rangin Perdana 2 di sini.

Semasa kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, ditemukan mati dengan kesan beberapa das tembakan di sudut perubatan di rumahnya.

Abd. Jalil berkata, siasatan mendapati pembunuhan dilakukan secara terancang menggunakan senjata api yang agak canggih.

Katanya, polis telah menyoal siasat sepasang suami isteri yang merupakan saksi yang sedang berubat di rumah berkenaan semasa kejadian.  

“Polis Pahang mengalu-alukan agar mereka yang ada maklumat berkenaan bomoh ini atau kejadian tampil kepada polis dengan  salurkan maklumat,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya