Pokok rawa lebih 100 tahun jadi sumber rezeki suami isteri - Utusan Malaysia

Pokok rawa lebih 100 tahun jadi sumber rezeki suami isteri

WAN Kamlor Wan Hitam menunjukkan buah rawa yang dijual di hadapan rumahnya di Kampung Durian Bador, Hulu Terengganu. - NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sebatang pokok rawa berusia lebih 100 tahun menjadi sumber rezeki tambahan kepada pasangan suami isteri dari Kampung Durian Bador, di sini.

Wan Kamlor Wan Hitam, 55, berkata, hasil yang dikeluarkan pokok di kebun peninggalan keluarga suaminya, Samsudin Sulaiman, 56, itu membolehkan mereka meneruskan tradisi menjual buah nadir berkenaan.

Katanya, dalam tempoh kurang seminggu, hampir 60 kilogram buah rawa yang dijual pada harga RM5 sekilogram laris dibeli pelanggan termasuk golongan muda.

“Musim buah rawa sentiasa dinantikan penggemarnya. Tiga tahun lalu hasil jualan saya pernah mencecah 100 kilogram dalam tempoh cuma dua minggu.

“Tetapi buah rawa makin susah dijumpai dan saya bernasib baik kerana pokok di kebun suami masih berbuah hingga kini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Wan Kamlor yang melakukan kerja sampingan itu sejak lebih 20 tahun lalu berkata, buah diambil dengan cara mencantas dahan pokok berkenaan.

“Pokok rawa tinggi seperti pokok durian atau binjai dan setiap kali musimnya tiba, suami memanjatnya dan mencantas dahan.

“Rasa buah rawa masam-masam manis dan biasanya dimakan dengan colek,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya