PM lawat Brunei esok sempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23

PM lawat Brunei esok sempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Bandar Seri Begawan, Brunei bermula esok bersempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23. 

Menurut kenyataan Kementerian Luar, lawatan rasmi itu antara lain bagi memenuhi jemputan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang merupakan pertemuan kali pertama kedua-dua pemimpin di bawah kerangka Rundingan Pemimpin Tahunan.  

“Rundingan Pemimpin Tahunan merupakan platform peringkat tertinggi bagi perbincangan  mengenai pelbagai isu dua hala, hal ehwal serantau dan antarabangsa yang berkepentingan  bersama. 

“Kedua-dua pemimpin akan mengambil peluang semasa mesyuarat tahunan ini untuk menilai kemajuan kerjasama yang sedang berjalan di samping mengukuhkan lagi hubungan istimewa dan kerjasama pasca Covid-19 yang akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya hari ini.

Kementerian Luar turut memberitahu, semasa lawatan berkenaan, perbincangan mengenai cadangan pengwujudan aturan Laluan Hijau Timbal Balas di antara Malaysia dan Brunei turut dibangkitkan.

Selain itu, katanya, ia merangkumi cadangan kerjasama dalam bidang diplomasi vaksin dan pengukuhan kerjasama ekonomi.

Semasa rundingan itu juga, jelasnya, kedua-dua pemimpin akan memuktamadkan memorandum persefahaman dalam bidang pengurusan bencana antara kedua-dua kerajaan dan pemeteraian perjanjian Unitisation Agreement di antara Petronas dan Brunei National Unitisation Secretariat dalam sektor minyak dan gas.

Satu kenyataan bersama akan dikeluarkan di akhir Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-23.

Semasa lawatan tersebut,  Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Sultan Hassanal Bolkiah disusuli dengan Majlis Santapan Rasmi yang dihoskan Seri Paduka Baginda.

Untuk rekod, Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 diadakan di Putrajaya pada 5 Mac 2019. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya