PKPD Kampung Bangkahulu: Bayi usia sebulan jalani ujian calitan - Utusan Malaysia

PKPD Kampung Bangkahulu: Bayi usia sebulan jalani ujian calitan

S
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang bayi perempuan berusia kira-kira sebulan antara yang menjalani ujian calitan Covid-19 susulan tercetusnya Kluster Bangkahulu.

Kampung Bangkahulu, Gemas, dekat sini melalui Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula hari ini hingga 12 Mei depan.

Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bangkahulu, Rosmawati Abdullah, 49, berkata, bayi berkenaan adalah penduduk termuda dan penduduk tertua di perkampungan berkenaan pula berusia 84 tahun.

“Di perkampungan ini terdapat sebanyak 111 rumah, bagaimanapun, buat masa ini hanya 89 rumah sahaja yang berpenghuni.

“Rumah tak berpenghuni itu disebabkan penghuni dihantar ke hospital bagi menjalani rawatan dan ada juga rumah dijadikan sebagai persinggahan sahaja,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dianggarkan setengah daripada penduduk di kampung tersebut berusia 50 tahun ke atas.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Suhaiza Sharudin berkata, sebanyak 195 penduduk telah menjalani ujian calitan Covid-19.

Menurutnya, terdapat seramai 279 penduduk di perkampungan berkenaan dan dijangka baki bilangan yang belum menjalani ujian calitan melakukannya hari ini.

“Kes mula dikesan pada 15 April lalu dan sehingga kini sebanyak 39 kes positif Covid-19 telah direkodkan dalam Kluster Bangkahulu ini.

“Penduduk yang positif kini ditempatkan di tiga buah hospital iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban dan Hospital Segamat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya